mutakhir

Had dan saring pelawat ke HPJ

Oleh Samadi Ahmad

KEMASUKAN pelanggan dan pelawat ke Hospital Putrajaya (HPJ) dihadkan dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, pada masa sama semua pintu masuk ke hospital berkenaan ditutup kecuali lobi utama.

“Setiap pelawat dan pelanggan akan melalui saringan dan pemeriksaan suhu badan yang dilakukan di pintu lobi berkenaan.

“Pihak pengurusan Hospital Putrajaya juga menasihatkan orang ramai yang ingin berurusan dan melawat pesakit di hospital ini supaya mengambil langkah penjagaan kesihatan seperti digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Hospital Putrajaya.

Dr Nora’i turut menasihati orang ramai yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas supaya segera mendapatkan rawatan di hospital dan klinik berdekatan.

“Langkah diadakan ini seiring dengan usaha KKM dalam memastikan pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 7, 2020 @ 5:42pm
    d