mutakhir

Covid-19: Melawati Mall laksana proses pembersihan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PUSAT beli-belah Melawati Mall, Kuala Lumpur, melakukan proses pembersihan dan sanitasi susulan seorang pelanggannya dikesan positif jangkitan Covid-19.

Melawati Mall dalam kenyataan di Facebook berkata, pelanggan terbabit berkunjung ke sebuah salun kecantikan di dalam bangunan berkenaan pada 2 Mac lalu.

“Pengusaha salun memaklumkan seorang pelanggannya disahkan positif Covid-19. Sebagai langkah berjaga-jaga, premis berkenaan ditutup sementara untuk pembersihan,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Melawati Mall akan melakukan kerja pembersihan dan sanitasi di kawasan umum termasuk lif dan tandas.

Katanya, keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, penyewa serta pengunjung menjadi keutamaan pihaknya.

“Kami bersedia untuk mengambil segala langkah pencegahan tambahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 4:27pm
    d