mutakhir

Jangkaan rugi RM 51 bilion 'angkara' Covid-19

Oleh BERNAMA

KEMENTERIAN Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan diarahkan merangka pendekatan sesuai bagi menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas berikutan penularan Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Datuk Seri Nancy Shukri yang dipertanggungjawabkan membentangkan pelan memacu semula industri pelancong dan dijangka dibentangkannya untuk Jemaah Menteri dalam waktu terdekat.

Muhyiddin berkata, langkah itu berikutan kesan penularan Covid-19 terhadap beberapa industri yang menjana pendapatan negara, khususnya pelancongan yang setakat ini dijangka mengakibatkan kerugian tahunan menjangkau RM 51 bilion.

"Isu yang lebih besar di sini adalah bagaimana hendak berdepan dengan masalah ini iaitu Covid-19 kerana ia menjejaskan industri pelancongan.

"Justeru, kita bincang tadi untuk Kementerian Pelancongan (Kesenian dan Kebudayaan) kemukakan pendekatan khusus bagi membantu industri berkaitan.

"Kita nak tolong industri supaya mereka tidak berdepan kesan yang begitu teruk, menerusi pendekatan berkaitan untuk memastikan sektor pelancongan mampu membantu menjana pendapatan negara," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama, di Putrajaya tadi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu
  • Barisan Kabinet baharu
  • Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 7:40pm
    d