mutakhir

Covid-19: HTAR hadkan pelawat ke wad

Oleh BERNAMA

HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta hari ini susulan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara.

HTAR dalam satu kenyataan di laman sosial rasmi Facebooknya memaklumkan, langkah itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital berkenaan.

“Selain mengehadkan bilangan pelawat, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun juga dilarang sama sekali melawat ke wad.

“Tempoh lawatan ke wad juga dipendekkan kepada jam 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan hujung minggu,” menurut kenyataan itu.

HTAR turut menjelaskan, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 1:40pm
    d