mutakhir

Covid-19: UiTM Cawangan Melaka tangguh ekspo

Oleh Nazri Abu Bakar

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka menangguhkan penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM yang dijadualkan berlangsung di kampus itu di Lendu pada 14 Mac ini.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Melaka, Akmal Adanan berkata, penangguhan itu disebabkan perkembangan semasa Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, walaupun program itu terpaksa dibatalkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan, mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM masih boleh menyemak program-program yang sesuai di laman sesawang “Selangkah ke UiTM” seperti pautan http://www.selangkah.uitm.edu.my.

Katanya, ekspo khusus kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan setaraf itu antaranya memberi panduan kepada semua termasuk bakal mahasiswa program separuh masa dan pascasiswazah mengikuti pengajian di UiTM.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 5:28pm
    d