mutakhir

HRPZ II pendekkan masa melawat

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

HOSPITAL Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu mengeluarkan notis makluman memendekkan masa lawatan ke hospital berkenaan serta-merta hari ini susulan peningkatan kes Covid-19 yang sedang melanda negara.

Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, hospital berkenaan mengambil langkah berkenaan bagi mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital berkenaan.

“Tempoh lawatan dipendekkan kepada 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan hujung minggu.

“Pada masa sama, pesakit yang ada mobiliti seperti penyakit asma atau berada dalam keadaan tidak sihat dinasihatkan supaya mengelakkan daripada datang berjumpa pesakit di wad.

“Selain memendekkan masa lawatan, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dilarang sekali melawat ke wad,” katanya.

Beliau berkata, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 12, 2020 @ 7:20pm
    d