mutakhir

MAIS tangguh program skala besar

Oleh Norzamira Che Noh

SUSULAN peningkatan dalam penularan wabak COVID-19, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menangguhkan program yang berskala besar terutamanya program dan aktiviti yang melibatkan orang ramai.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam satu kenyataan berkata, penangguhan program turut disarankan kepada jabatan-jabatan hal ehwal Islam di Selangor, agensi dan anak syarikat di bawah MAIS.

“Saranan penangguhan ini membabitkan seluruh jabatan hal ehwal Islam negeri iaitu Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

“Selain itu, agensi dan anak syarikat MAIS seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd turut disarankan mengambil tindakan penangguhan program,” katanya.

Beliau berkata, MAIS juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggalakkan masyarakat awam menggunakan transaksi secara atas talian melalui laman web www.mais.gov.my atau melalui online e-wasiat bagi mengurangkan kadar interaksi secara bersemuka.

Katanya, untuk pencegahan berterusan, MAIS juga menggalakkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk memastikan kesihatan berada di tahap lebih baik.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 14, 2020 @ 2:13pm
    d