mutakhir

Tiada arahan sekat barangan dari China

Oleh Baharom Bakar

KERAJAAN belum mengeluarkan arahan menghentikan pembelian barangan dalam talian terutama dari China berikutan penularan wabak Covid-19.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pada masa sama pendapatan usahawan dalam talian turut terjejas berikutan situasi itu.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan sikap berwaspada pengguna dalam membeli barangan ketika ini.

“Kerajaan mengakui sejak penularan virus Covid-19 di negara ini, ia turut membawa kesan ke atas pembelian barangan dalam talian dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri (KPDNHEP) di Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin Mohd Kia.

Katanya, setakat ini kerajaan belum mengeluarkan larangan mengenai pembelian atas talian barangan dari China.

“Kita dimaklumkan, kerajaan China mengarahkan pelbagai produk keluaran negara itu tidak dibenarkan dibawa keluar bagi mengelakkan penularan virus Covid-19 ke negara lain,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 15, 2020 @ 5:01pm
    d