mutakhir

Lanjut kontrak pegawai, staf perubatan bakal bersara

Oleh BERNAMA

SUSULAN penularan Covid-19, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan supaya mempertimbangkan untuk melanjutkan kontrak pegawai dan staf perubatan yang akan bersara.

Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain menempatkan doktor pelatih untuk menguruskan kes Covid-19 seperti diumumkan semalam, kerajaan dicadangkan supaya melihat kepada cadangan berkenaan.

“Kerajaan wajar memikirkan untuk mempercepatkan pembaharuan kontrak pegawai perubatan yang baharu dilepaskan daripada tugas selepas kontrak dua tahun mereka tamat.

“Ini akan menambah personel terlatih ke dalam kumpulan. Perlanjutan kontrak jangka pendek kepada mereka yang akan bersara harus dipertimbangkan untuk mengukuhkan perkhidmatan di wad, klinik dan bilik pembedahan sementara generasi muda berkhidmat di barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, persatuan itu juga menekankan kepentingan rawatan asas dalam menguruskan keadaan itu kerana Malaysia mempunyai 7,000 pengamal perubatan umum seluruh negara yang boleh membantu Kementerian Kesihatan dalam proses tapisan kesihatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 15, 2020 @ 8:54pm
    d