mutakhir

JAIPk larang sementara aktiviti tabligh

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JEMAAH tabligh di seluruh Perak dilarang menjalankan aktiviti Echo Training di kawasan masjid mahupun surau bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, aktiviti itu yang membabitkan perhimpunan besar perlu ditangguhkan untuk sementara waktu.

Katanya, jawatankuasa kariah juga perlu memeriksa masjid dan surau yang pernah dikunjungi peserta ijtimak jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor supaya saringan kesihatan dapat dilakukan.

“Pastikan masjid dan surau melakukan proses nyahvirus dan pembersihan jika terdapat gejala Covid-19 dan mendapatkan nasihat serta panduan daripada

Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.

Menurutnya, pengurusan masjid dan surau juga perlu mengenal pasti individu yang mempunyai gejala supaya dia menjalani kuarantin.

Katanya, semua larangan itu bersifat sementara bagi membendung penyebaran wabak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 1:50pm
    d