mutakhir

Covid-19: Pekerja cuti tanpa gaji diberi bantuan RM600

Oleh BERNAMA

BANTUAN kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

“(Bantuan itu juga) Layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini membabitkan peruntukan RM120 juta. Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 7:59pm
    d