mutakhir

Lapan kes baharu di Sabah

Oleh Juwan Riduan

LAPAN kes baharu dikesan menjadikan sebanyak 57 kes Covid-19 direkodkan di Sabah, setakat hari ini berbanding semalam sebanyak 49 kes.

Statistik terbaharu itu dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming dalam muat naik status akaun Facebooknya setakat jam 6.15 petang tadi.

Katanya, Lahad Datu merekodkan kes tertinggi dengan 15 kes diikuti Tawau (11), Kota Kinabalu (9), Kinabatangan (5), Sandakan dan Tuaran empat kes.

“Beaufort, Kunak, Putatan dengan dua kes manakala Kota Belud, Papar dan Sipitang mencatatkan satu kes,” katanya.

Katanya, pecahan kes positif Covid-19 adalah membabitkan seramai 55 lelaki dan dua wanita.

“Orang ramai dinasihati supaya meningkatkan aspek kebersihan dengan membasuh tangan dengan sabun dan air bersih, guna sanitizer, memakai topeng muka dan hindari perhimpunan ramai.

“Sebarang maklumat mengenai isu semasa kita akan sentiasa bawakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, kerajaan negeri mempertimbang untuk melanjutkan tempoh cuti sekolah di seluruh negeri dalam usaha menangani penularan Covid-19 di lokasi berisiko tinggi.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan medianya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 8:09pm
    d