mutakhir

UTC Pahang tutup sampai 31 Mac

Oleh Asrol Awang

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di Kuantan, ditutup bermula esok hingga 31 Mac ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, langkah itu bagi mengelak penularan Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diharap mengambil maklum berhubung penutupan itu.

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat melalui talian 09-512 1555 atau melayari laman sesawang MPK iaitu www.mpk.gov.my,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Norkamawati berkata, pasar malam di kawasan pentadbiran MPK tidak beroperasi sepanjang tempoh sama.

“Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan barang keperluan boleh berbuat demikian di pasar raya atau kedai runcit yang dibuka seperti biasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 9:59am
    d