mutakhir

Pejabat cawangan KWSP ditutup

Oleh Suraya Roslan

SEMUA cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara ditutup berkuat kuasa esok sehingga 31 Mac ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini, agensi itu memohon pengguna menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui i-Akaun KWSP dan laman web kwsp.gov.my.

“Berikutan pengumuman yang dibuat kerajaan dimaklumkan langkah penutupan sementara semua cawangan KWSP di seluruh Malaysia akan berkuat kuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 6:22pm
    d