mutakhir

KPDNHEP Pahang buka ECC

Oleh Asrol Awang

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang membuka lima Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) yang mula beroperasi semalam hingga 31 Mac ini.

Lima ECC yang beroperasi di seluruh negeri itu ialah di Kuantan yang boleh dihubungi di talian 09-5717757, diikuti Temerloh di talian 09-2901601, Jerantut (09-2601374), Raub (09-3554000) dan Rompin (09-4140512).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pahang Ahmad Fitri Ali berkata, ECC dibuka selaras perintah kawalan pergerakan bagi pencegahan penularan Covid-19 bermula 8 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.

Menurutnya, pembukaan ECC itu bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat atau membuat aduan berkaitan bekalan barang keperluan.

“Oleh itu, pengguna boleh mendapatkan sebarang maklumat berkaitan bekalan barang keperluan melalui lima pusat berkenaan.

“Sebarang aduan berkaitan barang keperluan yang kehabisan stok juga diterima bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi sepanjang perintah kawalan pergerakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pegawai penguat kuasa KPDNHEP turut melakukan pemantauan harga barang keperluan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.

“Oleh itu, kerjasama pengguna dialu-alukan dalam usaha memastikan harga barang keperluan tidak dinaikkan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 1:53pm
    d