mutakhir

Bayaran balik PTPTN ditangguh 3 bulan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KERAJAAN bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan.

PTPTN dalam satu kenyataan hari ini berkata, penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN membabitkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

“Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my,” katanya.

PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 6:58pm
    d