mutakhir

Agong kurnia sumbangan makanan di CPRC

Oleh BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan makanan tengah hari kepada petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook berkata, sumbangan yang diterima semalam dan hari ini itu, masing-masing diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin serta wakil Istana Negara.

Sementara itu di Instagram rasmi Istana Negara, turut memaklumkan Al-Sultan Abdullah menyampaikan salam dan merakamkan ucapan terima kasih atas pengorbanan dan komitmen petugas kesihatan dalam melaksana tanggungjawab membendung jangkitan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak Covid-19 berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 9:57pm
    d