mutakhir

Tiada lagi had operasi restoran 24 jam

Oleh Mahani Ishak

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur membatalkan arahannya pagi semalam supaya restoran 24 jam dihadkan waktu operasi kepada 16 jam, lapor BH Online.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya membuat pertimbangan semula berdasarkan keperluan semasa warga kota.

Katanya sebelum ini, mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan dari 19 Mac hingga 31 Mac, semua premis perniagaan (restoran) yang beroperasi 24 jam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dihadkan waktu operasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

"Selepas mempertimbangkan semula perkara ini berdasarkan keperluan warga kota, arahan mengehadkan waktu operasi dari 6 pagi hingga 10 malam dibatalkan.

"Bagaimanapun, premis itu hanya boleh menjalankan perkhidmatan pesanan pandu lalu, penghantaran dan bawa pulang sahaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 12:24am
    d