mutakhir

Kakitangan Bank Islam positif Covid-19

Oleh BERNAMA

BANK Islam Malaysia Bhd mengesahkan seorang warga kerjanya di Menara Bank Islam di Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Pekerja itu dan anggota keluarga terdekatnya menjalani proses kuarantin di rumah sejak 19 Mac, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Muazzam Mohamed dalam kenyataan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Bank Islam melaksanakan pensterilan menyeluruh dan pembasmian kuman di Menara Bank Islam, termasuk kemudahan bersama hari ini.

“Bank juga melakukan langkah pengesanan hubungan untuk mengenal pasti dan memaklumkan individu yang mempunyai hubungan langsung dengan pekerja tersebut dan menasihati mereka supaya menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah, ” katanya.

Beliau berkata, tiada gangguan perkhidmatan di Menara Bank Islam dan syarikat mempunyai pelan kesinambungan perniagaan yang kukuh untuk memastikan operasi tidak terjejas berikutan keadaan seperti itu.

“Semua langkah berjaga-jaga yang perlu dan kesedaran dilakukan secara konsisten oleh bank ini sejak jangkitan itu. Kami juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa premis kami bersih dan selamat susulan kerja sanitasi dan pembersihan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 2:38pm
    d