mutakhir

Projek mulia Geng Cikgu, rakan-rakan

Oleh Hamzah Osman

GURU Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri (SMKM) di Langkawi menyediakan hampir RM10,000 bagi membantu golongan terkesan berikutan penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Mereka menjalankan program kebajikan dikenali sebagai ‘Projek Cikgu’ dengan dana diperoleh hasil sumbangan rakan Facebook (FB) penyelarasnya, Sufina Halim dan orang ramai dari seluruh negara.

Sufina berkata, pihaknya menyerahkan bantuan wang tunai RM200 dan barangan keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap penerima bermula hari ini.

“Hampir RM10,000 berjaya dikumpulkan menerusi ‘Projek Cikgu’ ini, dan kesemuanya akan dibelanjakan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP, ketika ini.

“Hari ini, kami membantu 10 keluarga membabitkan Kampung Keda, Kuah, Penarak, Kelibang dan Buluh Penyumpit,” katanya.

Katanya, dia dan rakan-rakan akan terus membantu penduduk yang kesempitan hidup selepas mereka terputus mata pencarian sepanjang pelaksanaan PKP.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 7:15pm
    d