mutakhir

Tempoh operasi perniagaan di Johor dihadkan

Oleh Omar Ahmad

JOHOR bersetuju tempoh operasi premis perniagaan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini dipendekkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, pihak PBT perlu membuat ketetapan mengikut panduan tempoh operasi perniagaan.

Katanya, peniaga dan orang ramai diminta merujuk kepada arahan PBT di kawasan

masing-masing bagi waktu operasi yang akan digunakan.

“Sebagai panduan waktu operasi bagi kedai makan, kedai serbaneka di stesen minyak; kedai Serbaneka 24 jam bermula pada 7 pagi hingga 7 malam.

“Pasar raya ditutup pada 7 malam, manakala pasar malam, pasar tani dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi,” katanya pada sidang media menerusi Facebook Live Darul Ta’zim, hari ini.

Vidyananthan berkata, dengan penguatkuasaan ini, semua rakyat diminta patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami berharap semua warga Johor dapat mematuhi arahan PKP dan sentiasa berada di rumah,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 11:55am
    d