mutakhir

Sempadan darat, air Malaysia-Thailand ditutup

Oleh Noorazura Abdul Rahman

SEMUA pintu sempadan darat dan air antara Malaysia dan Thailand ditutup sementara kepada orang ramai mulai pagi ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin, berkata ia berikutan langkah kerajaan Thailand melarang semua warganya dan warga asing keluar atau masuk ke negara itu.

Jelasnya, bagaimanapun perjalanan melalui udara masih dibenarkan masuk dan keluar melalui negara itu

“Rakyat Thailand di Malaysia yang mahu pulang ke negara mereka hanya dibenarkan menggunakan laluan udara sahaja dan begitu juga rakyat Malaysia yang berada di sana.

“Arahan ini mula berkuatkuasa 6 pagi hari ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Difahamkan, penutupan pintu sempadan turut dilakukan Thailand membabitkan negara jiran seperti Laos, Kemboja dan Myanmar.

Bagaimanapun pergerakan barang masih dibenarkan melalui lima pintu sempadan yang wilayahnya bersempadan dengan Malaysia.

Lima pintu berkenaan adalah Sadao-Bukit Kayu Hitam, Sungai Golok-Rantau Panjang, Wang Kelian-Wang Prachan, Jeti Thammalang-Kuala Perlis dan Pengkalan-Hulu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 12:48pm
    d