mutakhir

8 polis termasuk KPD dikuarantin

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

LAPAN pegawai dan anggota polis termasuk Ketua Polis Daerah (KPD) Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, mereka dikuarantin di rumah masing-masing bermula semalam.

“Mereka ini mempunyai kontak rapat dengan seorang isteri kepada anggota polis yang bertugas di Hospital Kemaman.

“Isteri kepada anggota itu adalah jururawat dan disahkan positif Covid-19 serta dirawat di Hospital Kemaman, sementara pegawai dan anggota kita berada (kuarantin) di rumah masing-masing.

“Setakat ini, tidak ada pegawai dan anggota kita yang disahkan positif,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di sekatan jalan raya di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, hari ini.

Dalam pada itu, Roslee berkata, jumlah laporan yang dibuat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga turun mendadak sehingga 50 peratus.

Katanya, kadar jenayah menurun antara 25 hingga 35 peratus termasuk kes kecurian dan jenayah kekerasan, selain tidak menerima laporan palsu mengenai Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 1:35pm
    d