mutakhir

78 rakyat Malaysia di Mesir jumpa wakil kedutaan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KEDUTAAN Malaysia di Kaherah, Mesir diketuai Datuk Mohd Haniff Abd Rahman sudah mengadakan pertemuan dengan 78 rakyat Malaysia yang terkandas akibat Covid-19.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini berkata, pihak Kedutaan Malaysia dan pejabat wakil negeri di Kaherah sudah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka.

“Segala pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir di talian +202 3761 0013, +202 3761 0019, 01200276388 atau email mwcairo@kln.gov.my untuk mendapatkan sebarang bantuan. Kedutaan Besar Malaysia sentiasa bersama anda,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penuntut Malaysia yang berada di Mesir berada dalam keadaan baik dan mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berwajib susulan penularan Covid-19 di negara berkenaan.

Setiausaha Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M) Abdurrahman Auf Mohd Sidek berkata, kebanyakan penuntut hanya tinggal di rumah masing-masing kerana sebahagiannya sedang bercuti dan kelas dibatalkan.

Katanya, pengajian di universiti, program persatuan dan aktiviti lain buat masa ini dibatalkan dan penuntut hanya menunggu perkembangan terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Berita berkaitan:

  • Keadaan penuntut Malaysia baik
  • Covid-19: 'Syukur, ibu ada di sisi saya'
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 4:08pm
    d