mutakhir

Henti sebar mesej palsu...

Oleh Zuhainy Zulkiffli

POLIS menafikan mesej tular di media sosial mendakwa terdapat empat individu positif Covid-19 melarikan diri ketika menjalani isolasi di Hospital Kepala Batas, kelmarin.

Mesej yang tular sejak semalam itu mendakwa empat lelaki terbabit dikenali sebagai Kumar dari Sungai Petani, Dharma (Jawi, Sungai Bakap), Prakash (Pulau Pinang) dan Sekger (Padang Serai).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan mendapati mesej berkenaan adalah palsu selain tidak tidak menerima sebarang laporan kejadian.

“Pihak polis tidak menerima maklumat daripada Hospital Kepala Batas berhubung kejadian empat lelaki melarikan diri ketika menjalani proses isolasi.

“Mesej itu tidak benar dan orang ramai dinasihati supaya berhenti menyebar maklumat palsu kerana menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 6:16pm
    d