mutakhir

Diskaun 50 peratus saman sempena Hari Polis

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melancarkan kempen bayaran saman secara e-pembayaran dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus selama lima hari sempena Hari Polis ke-213 bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, kempen itu bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman masing-masing secara e-pembayaran berikutan penutupan kaunter bayaran saman di semua ibu pejabat polis di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

“Kempen bayaran saman secara e-pembayaran ini juga adalah langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

“Sebagai langkah meringankan beban ditanggung masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman tertentu dengan pembayaran secara e-pembayaran,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, pembayaran saman boleh dilakukan melalui laman sesawang www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 9:18pm
    d