mutakhir

Tingkat kawalan di zon merah Covid-19

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

LEBIH ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan zon merah Covid-19 bagi memastikan penduduk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghadkan pergerakan harian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagi tiga kawasan berisiko berkenaan iaitu Kepong, Titiwangsa dan Lembah Pantai, lebih ramai anggota rondaan akan ditempatkan Ketua Polis Daerah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu, katanya.

“Memang masih ada penduduk yang berdegil walaupun tahu kawasan itu ‘hotspot’ namun kita akan ambil tindakan jika masih ada yang tidak mematuhi perintah yang ditetapkan sehingga mendedahkan orang ramai kepada Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, polis Kuala Lumpur juga melaksanakan 51 sekatan jalan raya sekitar ibu kota dan Putrajaya untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP.

“Setiap hari seramai 3,127 pegawai dan anggota polis bersama 420 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turun ke lapangan bagi melaksanakan sekatan jalan raya, rondaan dan penguatkuasaan.

“Saya berharap orang ramai akan memberi kerjasama dengan mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan kerajaan untuk memastikan usaha membasmi Covid-19 dapat disempurnakan sehingga tamat tempoh ditetapkan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 1:21pm
    d