mutakhir

APM terima sumbangan peralatan pencegahan

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

PERALATAN pencegahan Covid-19 yang mencukupi kepada barisan hadapan mampu melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini.

Ia berikutan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang juga Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri terbabit secara langsung dalam pengurusan pusat

pemantauan dan stesen kuarantin seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, pihaknya gembira apabila menerima sumbangan 5,000 sarung tangan getah bersama 10 liter cecair pembasmi

kuman dari Lions Club yang juga Pasukan Tindak Balas Kecemasan (CDERT) APM-LIONS.

Menurutnya, APM juga menerima sumbangan kit makanan sedia makan dan kit bantuan Covid-19 dan pek ransum turut disumbangkan CDERT- Better Nation.

“Sumbangan ini begitu bermakna kepada pegawai dan anggota APM di lapangan yang bertugas untuk memastikan arahan PKP yang dikeluarkan kerajaan dipatuhi rakyat.

“Mari kita bersama menyokong usaha kerajaan untuk memerangi Covid-19 dan berharap wabak ini dapat diatasi segera,” katanya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan kepada APM, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    h

  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 6:03pm
    d