mutakhir

Penduduk Kuala Pilah beri kerjasama baik

Oleh Amran Yahya

KERJASAMA diberikan penduduk Kuala Pilah dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat bertambah baik.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, ia menunjukkan rakyat mula memahami perintah itu dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

“Setelah seminggu dilaksanakan, Alhamdulillah masyarakat Kuala Pilah banyak membantu pihak berkuasa bagi memastikan PKP berjaya.

“Seramai 38 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 24 Rejimen Askar Melayu Diraja digerakkan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan sekatan jalan raya (SJR) selama 24 jam.

“Sebanyak tiga SJR dilaksanakan iaitu di sempadan daerah Kuala Pilah–Seremban di Ulu Bendul, di sempadan daerah Kuala Pilah–Jempol di Juasseh dan di Pekan Kuala Pilah bermula 18 hingga 31 Mac ini,” katanya ketika melakukan lawatan di kawasan SJR di pekan Kuala Pilah, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 8:08pm
    d