mutakhir

'Ini jawapan KKMM'

Oleh BERNAMA

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan saman RM300 dikenakan jika menaiki kereta lebih daripada seorang dan RM200 sekiranya tidak memakai penutup mulut dan hidung, susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 hingga 31 Mac ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PDRM turut menafikan dakwaan empat lelaki India yang didapati positif Covid-19 yang lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Pihak Hospital Dungun turut menafikan kesemua kakitangan hospital itu dikuarantin.

“Walaupun terdapat kes positif Covid-19 di hospital itu, arahan kuarantin tidak membabitkan kesemua staf seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menafikan hilang selera makan dan hilang deria bau antara simptom baharu Covid-19 yang dikesan.

Dalam pada itu pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan beberapa lokasi panas wabak Covid-19 meliputi kawasan Sungai Lui; Sungai Ramal Dalam; Sungai Merab dan Jalan Kebun yang kononnya dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    h

  • Disiarkan pada: March 25, 2020 @ 12:34pm
    d