mutakhir

Rezeki penggali kubur

Oleh Nazri Abu Bakar

PENGGALI kubur antara penerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Kampung Bertam Ulu, Melaka, hari ini.

Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kampung Bertam Ulu, Na’im Hashim berkata, penggali kubur terbabit, Jalol Wahab, 62, antara 10 penerima bantuan keperluan harian bukan dalam kalangan asnaf dalam kategori B4O.

Katanya, beberapa minggu lalu, isteri Jalol menjalani pembedahan kanser payudara dan bantuan itu diharap mampu meringankan beban berikutan pendapatan hanya menerusi upah menggali kubur.

“Walaupun kerja utamanya menggali kubur, dia turut bekerja mengambil upah membersihkan dan meracun kebun penduduk.

“Namun dalam situasi sekarang, dia tidak mempunyai pendapatan, justeru sumbangan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan buatnya,” kata Naim.

Beliau berkata, selain Jalol penerima lain termasuk ibu tinggal, pekerja bergaji harian dan mereka yang tidak memiliki pekerjaan tetap.

Semalam, MAIM meluluskan tambahan RM100,000 bagi bantuan kecemasan (makanan) bukan kategori asnaf, tetapi dalam kategori B40.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 5:20pm
    d