mutakhir

Sidang DUN Pahang ditangguhkan

Oleh Asrol Awang

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 13 April ini, ditangguhkan pada satu tarikh yang diumumkan kelak.

Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad berkata, penangguhan itu diputuskan kerajaan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac hingga 14 April ini.

“Mengikut tarikh yang ditetapkan ialah 13 April hingga 17 April ini tetapi disebabkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini, persidangan ditangguhkan.

“Keputusan tarikh baharu persidangan akan dibuat selepas berakhir pelaksanaan PKP sama ada diadakan pada bulan depan atau Mei depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 5:51pm
    d