mutakhir

Jambatan Sultan Ismail ditutup

Oleh Ahmad Ismail.

JAMBATAN Sultan Ismail di sini, ditutup kepada semua lalu lintas bermula semalam bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Zaharudin Rasip berkata, penutupan jambatan itu dilakukan bagi mengurangkan serta menyekat pergerakan trafik ke bandar Muar hingga tamat PKP.

“Selain itu juga bagi menyekat aliran trafik dari Melaka dan daerah Tangkak yang turut memasuki bandar Muar melalui jambatan itu,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, penutupan jambatan itu tidak menjejaskan petugas barisan hadapan yang ingin memasuki bandar Muar kerana pendekatan lain dirancangkan terdahulu.

“Pemakluman pemasangan papan tanda, kon selain tugasan anggota polis memudahkan panduan alternatif akses lainnya kepada pengguna jalan raya sudah dilakukan.

“Pengguna jalan raya dinasihati mematuhi arahan dan polis akan bertindak tegas kepada pihak yang melanggar PKP,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 27, 2020 @ 1:25pm
    d