mutakhir

Minum arak, ingkar PKP

Oleh Zuhainy Zulkiffli

LIMA lelaki termasuk seorang warga India ditahan di Jalan Burma, Georgetown, hari ini kerana ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua lelaki terbabit ditahan pada 11.21 pagi ketika berkumpul sambil minum minuman keras berhampiran sebuah kedai bunga di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mereka berusia 33 hingga 57 tahun ditahan ketika anggota polis melakukan pemantauan Op Covid-19.

“Semasa membuat pemantauan, lima lelaki terbabit didapati sedang minum minuman keras di tepi kedai bunga.

“Seorang daripada mereka mengaku bukan warga Malaysia dan didapati gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, empat lelaki tempatan akan direman, esok manakala lelaki warga India itu direman selama 14 hari oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 27, 2020 @ 3:41pm
    d