mutakhir

Bekalan darah, spesimen klinikal untuk Sabah, Sarawak

Oleh BERNAMA

PESAWAT pengangkut C130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam melaksanakan penerbangan ke Sabah dan Sarawak bagi membawa 375 pek bekalan darah dan spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kedua-dua negeri itu.

Kesemua barang itu dibekalkan KKM bagi kegunaan hospital-hospital di negeri berkenaan dalam usaha memberikan rawatan perubatan kepada pesakit yang memerlukan.

“Pesawat C130H daripada No 20 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah berlepas kira-kira pukul 11 pagi tadi dari Subang.

“Penerbangan ini dikendalikan oleh Mejar Muhammad Izwan Shah Azman sebagai juruterbang dan dibantu oleh Kapten Shahril Amin Dzulkefli selaku pembantu juruterbang bersama lima anak kapal,” menurut TUDM dalam satu kenyataan, semalam.

Penerbangan itu memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial serta membuktikan bahawa TUDM sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan asetnya pada saat yang diperlukan.

TUDM akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada kerajaan termasuk dalam usaha menangani pandemik koronavirus baharu (Covid-19), menurut kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 12:16am
    d