mutakhir

Polis, tentera dibekal alat pemeriksa suhu badan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

ANGGOTA polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar Wilayah Persekutuan akan dibekalkan alat pemeriksa suhu badan, mulai hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, individu dikesan mengalami simptom demam akan ditahan untuk melakukan ujian saringan kesihatan.

“Mulai hari ini, semua anggota polis dan ATM di sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan dibekalkan dengan alat pemeriksa suhu badan.

“(Individu) yang ada tanda demam anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan lanjut,” ciapnya di Twitter.

Pada 18 Mac lalu, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sekatan jalan raya diadakan seluruh negara bagi memantau proses PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 1:13pm
    d