mutakhir

Jaga adik sepanjang PKP

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

“TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya gunakan bagi menjaga adik yang mengidap angin ahmar, ” kata Nor Aziah Fadzillah, 56.

Nor Aziah penduduk Kampung Batu Serambai, Jelebu berkata, sepanjang PKP, dia memberi tumpuan bagi menguruskan keperluan diri adiknya, Azim Aziz, 50, yang diserang penyakit berkenaan sejak dua bulan lalu.

Menurutya, dia juga bertanggungjawab menghantar adiknya mendapatkan rawatan susulan sama ada di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) atau Hospital Jelebu.

“Biarpun saya takut dengan penularan Covid-19, saya perlu membawa adik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Sebenarnya lebih selamat berada dalam rumah namun tanggungjawab saya redah juga,” katanya.

Nor Aziah ditemui di rumahnya selepas menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Bakri Sawir.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: March 30, 2020 @ 6:38pm
    d