mutakhir

Terima kasih PPPNP

Oleh Balqis Jazimah Zahari

PERBADANAN Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menyerahkan bantuan makanan kepada pengamal media di Perak yang menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Yahani Yahya berkata, bantuan yang diberikan sebagai menghargai sumbangan mereka menyebarkan maklumat sahih kepada rakyat.

“Dalam tempoh PKP dikuat kuasakan bagi menangani penularan wabak Covid-19, PPPNP tidak ketinggalan memberi bantuan kepada pengamal media di negeri ini.

“Melalui Unit Polis Bantuan PPPNP, kita menyerahkan kesemua sumbangan berupa bekalan makanan termasuk cecair pembasmi kuman,” katanya.

Katanya, dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu, PPPNP turut membantu membeli produk usahawan di negeri ini sebagai tanda sokongan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: March 31, 2020 @ 7:48pm
    d