mutakhir

611 individu ditahan di Johor [METROTV]

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SERAMAI 611 individu di seluruh negeri ini ditahan susulan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam saja, pihaknya menahan 85 individu.

“Sehingga kini, 117 individu didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya berharap semua pihak bekerjasama untuk sentiasa berada di rumah seterusnya mengelak dikenakan tindakan.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 1, 2020 @ 3:25pm
    d