mutakhir

'Kang orang kata doh jangan tubik'

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

POLIS Terengganu menahan 85 individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga jam 2 petang hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, daerah Kemaman merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 32 orang.

“Ia diikuti daerah Kuala Terengganu (20), Besut (11) serta Dungun dan Marang masing-masing 10 tangkapan.

“Bagi daerah Setiu dan Hulu Terengganu pula, masing-masing dengan satu tangkapan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.

Roslee berkata, pihaknya akan mencuba pelbagai kaedah bagi memastikan masyarakat di Terengganu mematuhi PKP supaya rangkaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Katanya, pihaknya menyeru orang ramai memberi kerjasama dengan mematuhi arahan PKP dan tidak keluar dari rumah berkali-kali tanpa urusan yang mustahak.

“Menerusi PKP Fasa Kedua bermula semalam hingga 14 April ini, hampir 2,000 termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) digerakkan untuk memantau pelaksanaan PKP termasuk di sekatan jalan raya dan bilik gerakan.

“Selain itu, kadar pematuhan masyarakat di Terengganu juga meningkat kepada 96 peratus,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 4:58pm
    d