mutakhir

71 lagi lokasi disinfeksi di Pulau Pinang

Oleh BERNAMA

JABATAN Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang mengenal pasti 71 lagi lokasi terutama pasar awam di negeri itu bagi operasi disinfeksi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak Covid-19 daripada terus menular.

Pengarahnya, Saadon Moktar berkata, operasi disinfeksi sejak Isnin lalu hingga hari ini dibuat di empat lokasi pasar awam di bahagian pulau dan Seberang Perai, manakala 34 lokasi lagi di bahagian pulau dan 37 di bahagian Seberang Perai sehingga 14 April ini.

“Kami sedang berbincang dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk meneruskan operasi itu dan hanya tunggu kelulusan mereka,” katanya kepada Bernama di Georgetown, hari ini.

Beliau turut menafikan mesej tular kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan operasi disinfeksi dijalankan.

Katanya, operasi itu dilaksanakan sejak awal lagi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam skala kecil.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 7:46pm
    d