mutakhir

17 mengaku salah langgar PKP

Oleh Amir Mamat

SERAMAI 17 lelaki termasuk 12 warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhi hukuman penjara empat hari hingga seminggu serta denda RM300 hingga RM1,000 atau penjara dua minggu hingga dua bulan ke atas tertuduh berusia lingkungan 18 hingga 57 tahun.

Semua tertuduh termasuk warga Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Myanmar itu mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkan warga asing itu dirujuk kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai menjalani hukuman terbabit.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 8:26pm
    d