mutakhir

Percuma, ambil satu sahaja setiap rumah

Oleh Yun Mikail

PENDUDUK dipercayai di Kampung Pogunon, Penampang mengambil inisiatif memberikan barangan keperluan asas harian secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Antara barangan berkenaan termasuklah ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.

Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.

Inisiatif mereka itu juga tular di media sosial dan menerima pujian serta dan komen positif netizen.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 2:31pm
    d