mutakhir

Ujian saringan di Masjid Sebatu Isnin ini

Oleh Nazri Abu Bakar

PENDUDUK Kampung Sebatu, Jasin yang ada sejarah berhubung dengan pesakit Covid- 19 diminta menjalani saringan di masjid kampung itu, pada Isnin ini.

Pejabat Kesihatan Jasin dalam kenyataan hari ini memaklumkan saringan akan diadakan bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya ,mereka yang hadir aktiviti keagamaan di Masjid Sebatu sama ada solat jemaah, kuliah ,usrah, tahlil, bacaan surah Yaasin, mesyuarat atau perkara berkaitan dengan sebarang program diminta hadir untuk ujian terbabit.

“Mereka yang menjalani saringan sebelum ini tetapi mempunyai gejala demam atau sakit tekak atau sesak nafas selepas menjalani saringan perlu berbuat demikian.

“Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi di talian CPRC, Jabatan Kesihatan Daerah Jasin di talian 06-5293908,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 8:50pm
    d