mutakhir

42 lagi ditahan di Johor langgar PKP

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SERAMAI 42 orang ditahan di Johor kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurutnya, penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan mereka ingkar PKP sejak 18 Mac lalu mencecah 854 orang.

“Sehingga kini, 189 individu sudah didakwa di mahkamah dengan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, tindakan lebih tegas diambil sepanjang PKP fasa kedua dan beliau menasihati orang ramai supaya memberi kerjasama serta patuh arahan.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 10:21am
    d