mutakhir

e-bazar Ramadan bantu peniaga Langkawi

Oleh Hamzah Osman

BEKAS personaliti televisyen (TV), Nissya Othman, mewujudkan e-bazar untuk membantu peniaga di Langkawi menjual juadah berbuka pada Ramadan ini.

Nissya, 47, yang pernah muncul di stesen TV tempatan awal 2000 berkata, pendekatan itu perlu selepas kerajaan negeri membatalkan bazar Ramadan kali ini.

Katanya, e-bazar dikenali ‘Bazar Ramadan Online Langkawi’ diwujudkan sejak Jumaat lalu menghimpunkan 1,000 peniaga makanan dan pembeli dalam talian.

“Hampir setiap tahun sejak 2006 saya berniaga di Bazar Ramadan untuk mencari rezeki.

“Namun, Ramadan kali ini berbeza berikutan penularan wabak Covid-19, sekali gus menuntut kaedah berniaga perlu ditukar,” katanya ketika ditemui di Langkawi.

Ibu kepada empat cahaya mata itu, berkata, bagi merealisasian hasrat itu dia mengambil inisiatif memujudkan e-bazar yang semakin popular.

“Saya teruja apabila ramai peniaga menyahut pelawaan menyertai platform yang diwujudkan menerusi laman sosial Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter.

“Selaku pentadbir (admin) dalam kumpulan sembang bazar online terbabit, saya memantau dan bertindak tegas jika ada ahli menyalahgunakannya,”katanya.

Beliau berkata, komuniti peniaga hanya dibenarkan mempromosi dan menjual kuih muih, makanan bermasak dan minuman kepada netizen dengan harga berpatutan.

Keterangan gambar:

1. Bekas personaliti televisyen (TV), Nissya Othman,47, menunjukkan aplikasi Telegram ‘Bazar Ramadan Online Langkawi’ yang menghimpunkan 1,000 peniaga bagi memudahkan mereka menjual juadah berbuka dalam talian menjelang Ramadan ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 12:43pm
    d