mutakhir

Waktu niaga pasar borong di Perak

Oleh Balqis Jazimah Zahari

 

am@hmetro.com.my

KERAJAAN negeri Perak menetapkan waktu khusus untuk operasi pasar borong di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua berkuat kuasa esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, barang basah boleh dijual bermula 4 pagi sehingga 10 pagi sebelum ditutup untuk operasi pembersihan dari 10 pagi hingga 11 pagi.

Menurutnya, jualan sayuran dan buah-buahan boleh bermula dari 11 pagi sehingga 4 petang.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil maklum tentang kekangan yang sedang dihadapi oleh komuniti perniagaan dan pemain industri sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya.

 

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 4:29pm
    d