mutakhir

Yang susah dibantu

Oleh Nurul Amanina Suhaini

 

 

“KAMI hanya makan nasi dengan gula,” kata Rosli A Aliudins, 30, yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila hilang sumber pendapatan serta kehabisan wang untuk menyediakan keperluan keluarga.

Katanya, bekerja sebagai jurudawai dengan pendapatan RM800 sebulan, manakala isteri, Nurul Nisa Irmin, 26, tidak bekerja menjadikan keadaan mereka lebih sukar sepanjang PKP.

“Tidak pernah terlintas untuk makan sedap, cukuplah sekadar ada hidangan untuk kami tiga beranak, mujur anak tunggal, Muhamad Danial Rosli, 4, tidak cerewet.

“Lauk seperti sayur yang dimakan bersama nasi itu pada saya sempurna. Namun, sejak empat hari lalu, nasi atau bubur yang dijamah bersama gula sahaja kemampuan kami.

“Itu pun saya catu supaya mencukupi untuk hari mendatang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di rumah flat Taman Cendana, di sini.

Rosli yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, yang tinggal di flat berkenaan sejak 2010 berkata, PKP menyebabkannya terpaksa menolak permintaan untuk mendapatkan khidmatnya kerana sebagai pekerja kontrak dia tiada surat rasmi yang membolehkannya bekerja.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim, 47, berkata keluarga Rosli adalah antara 1,193 keluarga yang dibantu setakat ini.

Katanya, persatuan penduduk mengagihkan bantuan sejak bermula PKP pada 18 Mac lalu seperti barangan makanan termasuk beras dan susu.

“Kami jejak siapa yang perlukan bantuan. Contohnya, ada keluarga dari tingkat satu yang putus bekalan beras, jadi jiran-jiran di tingkat satu akan sama-sama sumbang beras,” katanya memaklumkan flat terbabit mempunyai 49 blok dengan keseluruhan 2,873 keluarga.

Turut tampil meringan beban penduduk kurang berkemampuan adalah Pasaraya Econsave yang barangan keperluan makanan dan harian.

 

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 6:17pm
    d