mutakhir

261 didakwa ingkar PKP

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SERAMAI 261 individu di Johor didakwa di Mahkamah Johor Bahru susulan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam saja, pihaknya sudah menahan 48 individu berusia 19 hingga 66 tahun.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan tangkapan bagi kes ingkar sepanjang tempoh PKP adalah seramai 901 orang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, polis Johor akan mengambil tindakan lebih tegas bagi fasa kedua PKP khususnya terhadap mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, kerjasama semua pihak diharapkan untuk sentiasa berada di rumah seterusnya mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 10:39am
    d