mutakhir

Enggan bayar yuran tadika, taska ketika PKP

Oleh Samadi Ahmad

PENGUSAHA tadika dan taska di Putrajaya berhadapan kesukaran apabila segelintir ibubapa menyuarakan perasaan tidak puas hati dan enggan membayar yuran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya (PUSPAJAYA), Husna Abdul Rahaman berkata, pada 25 Mac lalu PUSPAJAYA mengeluarkan kenyataan di mana yuran bagi Mac dan April perlu dibayar seperti sebelum ini.

Husna berkata, bagi ibu bapa yang menghadapi kekangan daripada segi pemotongan gaji dan bertugas sebagai barisan hadapan dan terpaksa menghantar anak sepanjang tempoh PKP boleh mengadakan rundingan bersama pengusaha bagi mendapatkan pembayaran yang setimpal.

Menurut beliau, pengusaha berhadapan kesukaran untuk membayar gaji pekerja, SOCSO, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta sewa premis tadika sekiranya ibu bapa enggan membayar yuran.

“Sebagai majikan pengusaha perlu mematuhi Undang-Undang dan Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan pemotongan gaji pekerja dan dibayar secara penuh.”

“Sebahagian besar ibu bapa yang menghantar anak ke tadika dan taska di sini terdiri daripada penjawat awam yang gaji mereka tidak dipotong semasa PKP berbanding pengusaha yang hanya bergantung pada sumber yuran semata-mata,” katanya melalui kenyataan Putrajaya, hari ini.

Di pusat kerajaan ini terdapat kira-kira 84 tadika termasuk pra-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, 56 yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan lain-lain.

Setiap tadika mengenakan yuran berbeza bermula dari RM250 hingga RM550 bergantung kepaada perkhidmatan disediakan seperti penjagaan bayi, tadika separuh hari dan sepenuh masa.

Husna berkata, PUSPAJAYA memahami keluh kesah rakyat sepanjang PKP, namun Kerajaan juga memberi insentif dan bantuan bagi meringankan beban rakyat seperti Bantuan Prihatian Nasional, Pengeluaran iLestari KWSP dan bayaran ‘one off’ kepada penjawat awam.

Menurut beliau, pada pandangan pihaknya pembayaran yuran pada tempoh PKP ini bukan suatu halangan kerana ia adalah arahan yang perlu dipatuhi dan bukan atas kemahuan penguasa tadika.

“Kami bertanggungjawab dan bekerjasama dengan Kerajaan dalam menjaga keselamatan anak-anak bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Walaupun pengusaha mendapat pengecualian sewa di premis kementerian dan jabatan, namun bagi mereka yang menyewa di rumah dan bangunan kormesial perlu membayar sewa bulanan.

“Sekiranya PKP fasa ke dua ini dilanjutkan banyak tadika yang akan gulung tikar kerana ada sebahagian daripada pengusaha menyarankan pekerjanya untuk bercuti tanpa gaji dan menghantar notis berhenti kerja kerana tiada sumber kewangan.

“Pengusaha dan pekerja juga mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menyara keluarga dan membeli keperluan harian yang bergantung semata-mata kepada pembayaranyuran.

“PUSPAJAYA merayu dan mencadangkan kepada Kerajaan agar dapat memberikan dana khas atau geran kepada pengusaha yang berdaftar di samping subsidi yuran kepada ibubapa bagi membantu meringakan bebanan sepanjang PKP.

“Usaha ini dilihat dapat membantu dalam membela nasib pengusah industri ini untukterus kekal dan wujud demi kepentingan anak-anak dan ibubapa.

“Pihak kami memandang serius

dan sekiranya berpanjang ia akan menimbulkan masalah kepada ibu bapa dan anak-anak kerana sebahagian besar tadika mungkin tidak lagi mampu bertahan disebabkan ketiadaan sumber kewangan dan lebih menyukarkan sekiranyaPKP dilanjutkanke fasa ke tiga,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 2:21pm
    d